Khamis, 3 September 2015

HUKUM SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK

BERDOSA JIKA SUAMI ABAIKAN NAFKAH KEPADA ISTERI DAN ANAK-ANAK.

Tetamu : Datuk Khairul Anuar Rahmat (Peguam Syariah) dan Didie Alias (Artis)

Nafkah adalah suatu kewajipan suami kepada isteri yang tidak boleh dinafikan yang dinyatakan dlm al-quran dan hadis.

kalo suami mengabaikan nafkah merupakan dosa besar kepada Allah, bole didakwa sama ada di dlm dunia @ di akhirat.
Surah Al-Baqarah : 233

Allah berfirman: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan. "

Maka, Nafkah zahir dan batin wajib diberikan kepada isteri dan ahli keluarganya dgn cara yang terbaik.

Pandangan ahli Feqah, Ibnu Qudamah : Nafkah ini ialah sesuatu yang dibelanjakan oleh suami utk melengkapkan apa sahaja keperluan isteri termasuk dlm aspek makan minum dan pakaian.

Kata Imam Nawawi : Nafkah ini ialah makanan dan pakaian mengikut musim. Nafkah ini termasuk rumah, tempat tinggal dan tempat isteri utk duduk (sofa) dan selimut untuk isteri tido.

Nafkah mengikut ajaran Islam adalah mengikut kemampuan suami.

Pesanan Allah kepada para suami, jika suami mberi nafkah kepada isteri, suami akan mendpt ganjaran pahala yang besar di sisi Allah. Jgn susah ditimpa kemiskinan, Allah akan beri rezeki utk mereka yang mengeluarkan nafkah utk tangungan ahli keluarga.

Suatu Hadis ada menyatakan kalo belanjakan harta kepada isteri dan anak2 spt pahala lebih besar drpd fisabilillah.

Surah Al-Baqarah : 231
Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh idahnya maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka) dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan) dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Di mana Allah pesan jgn buat aniaya kepada isteri. Barangsiapa yang mbuat aniaya thdp isteri, dia telah melakukan kezaliman. Suami yang melakukan kezaliman terhadap isteri akan mendapat seksaan drpd Allah s.w.t.

Punca keabaian nafkah di kalangan suami terhadap isteri.
1. Suami rasa cukup sekadar berkahwin dan biarkan begitu sahaja.
2. Kekurangan pengetahuan undamg2.
3. Keliru dgn Keutamaan.

Hadis Nabi : Satu dinar yang diberikan kepada isteri adalah lebih utama drpd satu dinar yang disumbangkan ke jalan fisabillah.
4. Emosi. Apabila matlamat perkahwinan tak dicapai. maka, para suami mengambil tindakan drastik menahan segala nafkah bila emosi menguasai diri. Jika suami menyekat nafkah isteri dan anak2 maka Allah menjanjikan suami itu akan dibenamkan tujuh petala langit ke dlm bumi.

Undang2 Enakmen keluarga Islam seksyen 49 menyebut mahkamah memanggil @ menyeret mana2 suami yang mengabaikan nafkah terhadap isteri.

Hindun, isteri Abu Sufian mengadu pada mengadu kepada Rasulullah suaminya, Abu Sufian sgt kedekut dan bakhil (tidak memberi nafkah yang cukup kepadanya dan anak-anaknya). Lalu Hindun memberitahu Rasulullah yang dia telah mengambil duit drpd kocek suaminya tanpa pengetahuan suaminya. Rasulullah senyum dan meyuruh Hindun mengambil harta Abu Sufian untuk nafkah dan anak-anaknya dengan secukupnya.

Apabila isteri nusyuz kepada suami maka gugurlah hak bekas isteri terhadap nafkah.
Nafkah anak2 lelaki hendaklah smp dia bole berdikari (bekerja)
Nafkah anak2 perempuan sehingga anaknya kahwin.

Apabila suami mengabaikan nafkah, ia akan memberikan kesan buruk di dunia dan di akhirat, suami itu juga tidak akan hidup bahagia dan anak2 tidak mendpt role model yang terbaik drpd bapa mereka.

Kesan bapa yang mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap anak2
1. Anak2 akan membesar dgn emosi yang tidak stabil.
2. Anak2 lelaki akan membesar terbawa2 sikap tak btanggungjawab bapanya itu.
2. Anak2 perempuan akan membesar dengan rasa benci terhadap kekejaman lelaki. Akhirnya wanita yang membesar tanpa belaian kasih sayang yang secukupnya dr bapanya, mereka ini benci pd lelaki dan benci pd perkahwinan.
kemungkinan bole dendam pd lelaki @ terjebak pada gejala sosial.

Di akhirat nanti, isteri dan anak2 yang menjadi mangsa yang dizalimi oleh suami @ bapa yang tidak bertanggungjawab dlm pengabaian nafkah akan menuntut di depan Allah s.w.t.

Wanita perlu sentiasa meningkatkan ilmu untuk mendapatkan maklumat.

Rasulullah bersabda, "Ingatlah wahai lelaki, besarlah amanah (tanggungjawab) kamu terutama dlm urusan wanita."

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda;"sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk perjuangan fisabilillah, sebuah dinar yang engkau belanjakan untuk seseorang hambasahaya(untuk dimerdekakan), sebuah dinar yang engkau sedekahkan kepada seseorang miskin, dan sebuah dinar yang engkau nafkahkan kepada keluargamu, maka yang terbesar pahalanya ialah yang engkau nafkahkan kepada ahli keluargamu itu."(Riwayat Muslim).

Sahabat Nabi, Muawiyah Al-Khusairi bertanya kepada Rasulullah, " Apa yang kita kena buat pada isteri kami." Maka Rasulullah berkata, "Apa yang kamu makan, bagi isteri kamu makan. Beri pakaian apa yang kamu pakai, jangan memukul mereka, jgn mengejek dan menghina mereka.

Suami 6P
1. Pemimpin
2. Pembimbing
3. Pelindung
4. Penasihat
5. Pemberi nafkah
6. Pengasih dan penyayang.

Doa agar dipermudahkan rezeki : Surah Al-Mumtahanah Ayat 4
"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali!"

Doa agar hbgn menjadi baik sesama ahli kelurga, suami isteri, anak2, ibubapa dan jiran tetangga : Surah Al-Hasyri Ayat 10

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu"

Sesungguhnya suami yang abai nafkah ini, merupakan suatu dosa besar, dunia pun sengsara, akhirat akan menderita.

Isnin, 4 November 2013

Wahai manusia yang bernama Lelaki

Wahai manusia yang bernama Lelaki

Jika benar kau kasih dan cintakan Wanita itu: ´

: Bawalah dia ke jalan Allah•
: Nasihatilah dia dengan penuh hikmah•
: Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah•
: Jagalah dia dengan sepenuh hati•
: Kasihanilah dia seadanya•
: Lindungilah dia sebaik mungkin•
: Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari•
: Hargailah dia selayaknya•
: Bersabarlah dengan tingkah lakunya•
: Terima & redha dengan kekurangan yang ada padanya•
: Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya•
: Ampun dan maafkanlah atas segala kesilapannya•

Khamis, 10 Oktober 2013

TERGURIS LAGI HATI INI

TERGURIS LAGI HATI INI

Aku kembali lagi mengungkapkan rahsia hati,
Kembali melakarkannya di atas kanvas ini,
Meluahkan apa yang tersurat,
Agar jiwa tak melarat dan berkarat,
Kerana hati yang kian sarat,.
Dengan luka yang berbirat,
Sungguh!,.
aku dah tak larat sangat,..
Hati ini takkan pernah dimergertikan,
Apa mahunya,.
Apa yang dirasanya,.
Kerana yang melukai,
Tak pernah cuba untuk menyembuhkan,.
Tak pernah cuba untuk memahaminya,.
Sungguh!,.aku terlalu letih menanggung rasa,
Hati ini bebannya terlalu banyak,.
Namun begitu aku cuba menjadi kuat,
Sekuat benteng penahan ombak,.
Hanya seketika bertahannya,.
Dikala ianya dilanda goyah,.
Bentengnya pun hancur berkecai,.
Lalu air mata pun berderai,.
Jiwa,.kian lama kian punah,
Langsung tak pernah memegang amanah,.
Hati kata kuatlah!
Minda kata bertahanlah!
Namun jiwa terus menyumpah seranah,.
Apa kau tahu!!!,.
Aku yang menangung seksanya!!!
Aku yang menanggung peritnya!!!
Bertahun sudah ku pendam duka ini,.
Bertahun sudah ku pertahankan sabar ini,.
Adakah dia menghargai?
Adakah dia bersimpati?
TIDAKKKKKK!!!!,.
Dia langsung tak peduli!
Mungkin dia akan suka kalau aku pergi!
Mungkin dia akan suka kalau aku mati!!

Minda masih memujuk lembut,.
Untuk apa kau tangiskan,
Untuk apa kau ratapkan,.
Dia manusia sepertimu juga,.
Ingatkah kau!,.kau pernah menangis di depannya,.
Apa yang dia buat?
Buat tak peduli saja!,.
Kerana dia tak pernah rasa apa yang kau rasa,.
Hati turut menambah,.
Kenapa kau tak mengadu saja pada ALLAH,.
Kerana DIA mengetahui SEGALANYA,.
DIA mendengar segala rintihanmu,.
DIA yang memberikanmu ketenangan,.
Lalu jiwa terus terduduk dan meratap hiba,.
YA ALLAH!,.aku hanya tahu hatiku yang terguris,.

TAPI,.aku tak pernah ambil tahu hatinya bagaimana,.
Kerana dia tak pernah mengungkapkannya,
Dia tak pernah merungut,
Jauh sekali untuk mengungkit,.
Namun andai kata dia mula bersuara,. Kata-katanya terlalu
berbisa dipendengaranku,.
Mungkin dugaan ini untuk menghapuskan dosa,.
Dosaku yang sentiasa lancang berkata-kata,.
Aku harus bagaimana
YA ALLAH!!!,.

Aku hanya meluahkan apa yang aku rasa,.
Kerana dia langsung tak bersuara dan mempedulikan.

Khamis, 12 September 2013

Hati seorang Wanita....

Hati Seorang Wanita..

1. Sensitif :
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet :
Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus :
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas :
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban :
WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6. Prihatin :
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja :
Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja kepada insan yang bernama LELAKI iaitu SUAMI.

8. Ego :
WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta :
CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10. Seks :
SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu.

Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya. Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.

Sabtu, 7 September 2013

Kisah rumahtangga

Rumahtangga bahagia akan terbina apabila Isteri masak ~> suami makan.
Suami imam ~> isteri makmum. Suami baca doa ~> isteri aminkan. Isteri merajuk ~> suami pujuk.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kisah kehidupan aku di genting.

Hai semua terima kasih kerana sudi membaca cerita ini.cerita ini bukanla hanya ilusi atau khayalan tapi ini adalah cerita yang sebenar-benarnya bukan mimpi mainan tidur sesiapa pun.Di sini aku ingin perkenalkan diri aku namaku watie berasal dari hulu yam bharu sudah berkahwin hampir 5tahun dan mempunyai dua orang anak yang comelx2.

Waktu itu aku masih baby lagi dah stay genting sebab ayah aku adalah pekerja buruh buat bangunan di genting.dulu genting mana ada taman tema yang macam sekarang ni macam-macam dah ada.dulu genting cuma ada sebuah tasik buatan yang sangat cantik dan udaranya sangat nyaman tak seperti sekarang sesak sebab dah banyak sangat bangunan yang ada.

Dulu cuacanya sangat sejuk nyaman segar tenang dan aman sebab banyak pokok-pokok yang belum di terokai.yang ada cuma tasik dan beberapa bangunan sahaja.

cukup umur abgku stahun dan aku masa tu tak silap dalam 6 bulan barula duduk kampung.

ha ni la gambar aq n my brother...

Jumaat, 2 Ogos 2013

Bagaimana cara terbaik menenangkan hati yang sedang kecewa

Posted by watierustam.blogspot.com

Kecewa | We come in peace by =watierustam.blogspot.com

Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah?
Tidak tenang?
Didalam dunia ini, tiada siapa yang mahu merasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata ingin sekali untuk menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti bertemu perpisahan.
Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan & masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa. Malah, mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak – anak kita.
Pendek kata banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan kita merasa lemah.Menenangkan hati Kecewa
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah. kita berpura – pura kuat. Kita tersenyum, tetapidalam hati siapa yang tahu
betapa peritnya hati kita. Sampai bila kita harus berpura – pura? Ingatlah, kita semua adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah & duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang merasa lemah dan kecewa. Hati anda merasa tidak tenang. Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari link FB ataupun tergoggle entri ini secara tidak sengaja.

Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan
dan menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Insyaallah, saya juga hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, semoga beberapa petua yang dikongsikan ini dapat memberi membantu anda juga.

1. Membaca Surah Yassin
Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.
Semasa saya sedang mengalami “keserabutan” dulu, saya mengamalkan membaca surah Yassin setiap kali selesai solat. Alhamdulillah, setiap kali usai membaca Yassin, saya akan merasa tenang.
Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangatt menenangkan hati
Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3, etc..

2. Solat Sunat Tahajjud
Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkanketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

** tips supaya mudah nak bangun **
- Berwudhuk sebelum tidur
- Baca surah Al Mulk atleast 10 ayat (paling malas la tu..)
- Baca doa tido dan niat dalam hati “Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu“
- Kunci jam

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir
* La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
* Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
- Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak.Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati
kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh:)

5. Sentiasalah mengingati Allah
Ini yang paling penting sekali taw. Sentiasamengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what=)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
“Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )